Skip to main content

Bola Sepak

KBS akan pastikan kebajikan Saravanan terjaga -- Menteri

dr taufiq on saravanan

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Taufiq Johari, memberi jaminan bahawa kebajikan bekas jaguh jalan kaki negara, G. Saravanan, tidak akan diabaikan, terutama selepas individu berusia 56 tahun itu kini terlantar melawan masalah kesihatan.

Nadi Arena pada April tahun lalu melaporkan pemenang emas acara 50km jalan kaki Sukan Komanwel 1998 itu menghidap penyakit Motor Neurone Disease (MND), penyakit sama seperti yang dihidapi legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari (Supermokh).

Advertisement

MND merupakan penyakit yang menyebabkan kelemahan otot dan akan menjadi lebih teruk selama beberapa bulan atau tahun. Ia biasanya memendekkan hayat dan buat ketika ini, ia tiada penawar tetapi rawatan di hospital boleh membantu menguruskan gejalanya.

Saravanan mencuri hati rakyat Malaysia apabila dia melupakan kesakitan kekejangan otot kaki untuk meneruskan saingan sehingga ke garisan penamat selaku pemenang emas dalam Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada 1998.

Ia merupakan pingat emas ke-10 kontinjen negara dalam temasya itu, di mana Malaysia menamatkan saingan selaku kontinjen keempat terbaik keseluruhan.

"28 tahun lalu, dalam Sukan Komanwel 1998, G. Saravanan mengharumkan nama negara selepas merangkul pingat emas dalam acara 50 kilometer lumba jalan kaki," tulis Dr. Tafiq dalam satu kiriman media sosial.

"Beliau kekal sebagai satu-satunya pemenang pingat emas bagi sukan olahraga dalam temasya berprestij ini.

"Namun kini Saravanan menderitai Motor Neuron Disease, penyakit saraf yang menyebabkan beliau terlantar dan perlu dijaga keluarga sepanjang masa.

"Insya-Allah, saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kebajikan legenda negara ini terbela dan meringankan beban keluarga.

"KBS tidak akan lupa."

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Taufiq Johari (@taufiqjohari)

 

 

Must Watch Video