Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Katsuhito Kinoshi punca dua kelab kena hukuman

Kinoshi

Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) menjatuhkan hukuman terhadap dua kelab Liga Premier Singapura (SPL) kerana kesalahan kehadiran individu yang tidak dibenarkan di kawasan teknikal semasa perlawanan berlangsung.

Sebelum bekas pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi, dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih Tampines Rovers, dia belum dibenarkan berada di bangku pemain ekoran belum didaftarkan dan tiada dalam senarai perlawanan.

Advertisement

Tetapi, individu kelahiran Jepun itu berada di kawasan terbabit untuk membantu pengendali interim waktu itu Robert Eziakor.

FAS kemudiannya mendenda dengan AS$2,000 (RM6,300) kerana melanggar peraturan SPL.

Tanjong Pagar turut dikenakan nasib sama berikutan kegagalan mengawal akses kepada mana-mana individu.

Kinoshi selepas itu dilantik secara rasmi pada minggu lalu usai jodohnya bersama Gergasi Merah berakhir pada tahun lalu. 
 

Must Watch Video