Sukan karate sentiasa menjadi penyelamat kontinjen negara di temasya sukan.
Jika sebelum ini di Sukan SEA Hanoi 2021, skuad karate menjadi penyumbang emas ke-36 -- emas pelengkap kepada sasaran kontinjen negara.
Di Sukan Asia Hangzhou 2022, kem karate turut membutirkan emas keenam Malaysia menerusi Muhammad Arif Afifuddin Abdul Malik.
Kali ini, di bumi Jepun, Gimnasium Toyohashi jadi saksi emas pertama yang dinanti negara menjelma menerusi sukan karate, Adeola Fay Robert dalam acara karate kumite 55Kg.
Tumpah air mata Presiden Persekutuan Karate Malaysia, MAKAF, Datuk Wira Dr Nur Azmi Ahmad ketika bertemu Adeola sebaik atlet muda yang membuat debutnya di Sukan Asia ini membutirkan emas pertama Malaysia.
Datuk Azmi yang dikenali sebagai individu tegas dan berpendirian teguh itu mengalirkan air mata gembira sekaligus mencerminkan usaha disebalik tabir yang dilakukannya sehingga menjadikan kem karate negara antara yang digeruni di rantau Asia dengan kini meraih 1 pingat emas dan dua gangsa.
Linangan air mata Presiden (SEAKF) & MAKAF ‘simbolik’ pengorbanan disebalik tabir lonjak prestij & imej sukan Karate di pentas Asia.
Nantikan Nadi Arena 730pm@ASTROARENA pic.twitter.com/TzQ2i4qw8a— karlnunis (@_karlnunis) September 22, 2026