Skip to main content

Bola Sepak

'Kami telus dengan laporan kewangan, boleh semak dengan Pesuruhjaya Sukan' -- Hamidin

'Kami telus dengan laporan kewangan, boleh semak dengan Pesuruhjaya Sukan' -- Hamidin

'Kami telus dengan laporan kewangan, boleh semak dengan Pesuruhjaya Sukan', tegas Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin, susulan laporan kualiti audit yang dibentangkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini didakwa disalah tafsir oleh pelbagai pihak.

Menurut Hamidin, FAM sentiasa mematuhi proses audit kewangan yang ditetapkan dan semua laporan kewangan badan induk bola sepak negara itu melalui tiga lapisan semakan audit setiap tahun.

Jelasnya, audit tersebut melibatkan pemeriksaan dalaman FAM sendiri, semakan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan serta penelitian daripada AFC.

Katanya, perkara yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan sebenarnya hanya melibatkan kegagalan pembentangan laporan bajet kewangan tahunan kepada kongres bagi tempoh 2023 hingga 2025.

FAM tampil mempertahankan kedudukan mereka selepas laporan kualiti audit AFC itu menerima reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk pemerhati dan penyokong bola sepak tempatan.

Hamidin mengakui berlaku kekhilafan apabila laporan bajet tahunan tidak dibentangkan kepada kongres dalam tempoh tersebut, namun menegaskan perkara itu telah diperbetulkan bagi tahun 2026.

Menurut beliau, pembentangan bajet tahunan kini kembali dilaksanakan selaras dengan keperluan perlembagaan FAM.

Tambah Hamidin, jika audit kewangan tidak dijalankan seperti didakwa sesetengah pihak, sudah tentu FAM tidak mampu beroperasi secara konsisten sehingga ke hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video