Liverpool tewas kepada Wolves bimbingan Rob Edwards di Molineux awal pagi tadi menerusi gol Andre dalam masa kecederaan.
Rodrigo Gomes membuka jaringan buat Wolves pada minit ke-78 sebelum Mo Salah menyamakan kedudukan, namun Andre memastikan tiga mata penuh buat Wolves sekaligus merencatkan aspirasi slot automatik Liverpool ke Liga Juara-Juara musim hadapan.
Advertisement
Van Dijk bercakap dengan TNT Sports selepas perlawanan, dia berkata, "Kami lambat bertindak, kami boleh diramal dan cuai dalam penguasaan bola dan salah dalam membuat keputusan. Jelas sekali kami tidak melunaskan peluang, tetapi jika anda beraksi seperti itu, ada kemungkinan kami perlu menghadapi kekalahan. Itulah hakikatnya dan itu yang mengecewakan kami.
"Kami menguasai sebahagian besar penguasaan permainan, tetapi kami masih membuat keputusan yang salah saya fikir dan tidak dapat menghasilkan gol. Akhirnya kami hanya kecewa kerana kami tewas. Dibolosi gol sentiasa mengecewakan."
Liverpool kini menghuni tangga ketujuh selepas 29 perlawanan dan mengumpulan 44 mata.