Aston Villa menundukkan Liverpool 4-2 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara (UCL) di Villa Park, Birmingham, awal pagi tadi.
Kemenangan itu memacu skuad kendalian Unai Emery mendaki ke tangga keempat liga dengan mengumpul 62 mata selepas 37 perlawanan.
Dua gol Ollie Watkins serta jaringan menerusi Morgan Rogers dan John McGinn menutup kelebihan dua gol yang diraih The Reds menerusi Virgil Van Dijk.
"Ia bukan tentang saya, ia mengenai kami yang kecewa dengan keputusan itu. Sayan telah bercakap semalam mengenai perkara itu (masa depannya) dan itu sudah cukup.
"Tumpuan kami adalah aksi menentang Brentford dan memastikan kami mendapat sokongan penyokong serta memulakan aksi dengan agresif dan baik.
"Kami dibolosi banyak gol musim ini, Villa pasukan yang lebih baik hari ini.
"Ia bukan mengenai saya atau kekecewaan saya, ia mengecewakan semua orang yang terlibat, pemain, kakitangan dan penyokong. Dalam bola sepak, anda boleh jatuh, tetapi ia sangat malang. Kami tahu apa yang perlu dilakukan minggu depan." katanya.