Skip to main content

Sepak Takraw

Kali terakhir menang pada 1990, 36 tahun berlalu anak buah pula cipta sejarah

Jais
Advertisement

Menjadi seorang yang bernama Ahmad Jais Baharun sangat istimewa!

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara itu memahat sejarah tersendiri apabila menjadi individu yang meraih pingat emas kali terakhir acara regu berpasukan lelaki sebelum membantu Malaysia sekali lagi menggondol pencapaian itu 36 tahun kemudian dalam temasya Sukan Asia.

Advertisement

Dia memenangi emas sebagai pemain pada edisi 1990 di Beijing, dan kali ini mengetuai anak buah sebagai jurulatih pada edisi 2026 di Aichi-Nagoya semalam.

Malah, Ahmad Jais turut mencipta sensasi sama pada Sukan SEA Thailand Disember lalu.

Advertisement

Podium tertinggi selaku pemain pada sukan dwitahunan di Manila 1991 dan sekali lagi menjadi watak penting sebagai jurulatih pula membimbing skuad negara menamatkan kemarau 34 tahun dengan menewaskan musuh tradisi di tempat mereka.

Hasil kompetitif Liga Sepaktakraw (STL) di bawah penganjuran Astro, rata-rata pemain kebangsaan telah mengukir banyak kejayaan berprestij termasuk Piala Dunia ISTAF dan Piala Asia ASTAF.

Juara dalam regu berpasukan dan kuadran edisi tahun ini pada Mei lalu sementara regu menjuarai Asia pada tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement