Skip to main content

Bola Sepak

Kalau tak boleh menang, curilah tumpuan macam Congo, biar terpahat dalam ceritera Piala Dunia selamanya

Congo

Bukan senang nak menang atau muncul juara, nak mencuri tumpuan pun dah cukup sukar dalam kejohanan berprestij seperti Piala Dunia yang menampilkan 48 pasukan, format terbesar dalam sejarah penganjuran dengan peningkatan dari 32 negara bertanding sebelum ini, tetapi lain ceritanya bagi Congo.

Seawal aksi pembukaan, Congo mengejutkan ramai pihak apabila mengikat kedudukan 1-1 dengan Portugal yang memiliki barisan pemain bintang seperti Bruno Fernandez, Rafael Leao dan sudah pastinya GOAT mereka yang membuat penampilan terakhir di piala dunia iaitu Cristiano Ronaldo, sehingga mencetus kepada perdebatan mengenai masalah dalaman yang membelenggu juara Kejohanan Euro 2016 & Liga Negara Negara UEFA 2025 itu.

Ia dianggap satu kejutan kerana umum sedia maklum dengan penyertaan semula Congo ke saingan Piala Dunia 2026 berlaku selepas 52 tahun tidak layak dan kita bercakap tentang Democratic republic of Congo atau DRC yang masih dibelenggu perang mineral dan perang saudara tetapi pemain dan barisan kejurulatihan mereka tetap melangkah penuh yakin dan bergaya dengan busana rekaan kelas A bermotif Harimau Kumbang ketika tiba di New York.

Kepada yang memahami geopolitik dunia. Seperti Korea Utara dan Korea Selatan, Congo juga terbahagi kepada dua.

Satu, Republic of Congo yang diberi kemerdekaan oleh Perancis.

Kedua, Democratic Republic of Congo atau DRC yang mendapat kemerdekaan dari Belgium.

Sebab itu anda melihat nama DRC atau DR Congo digunakan oleh pasukan yang beraksi di Piala Dunia 2026.

DRC dilabel sebagai underdog dan memegang status antara negara miskin yang bertanding tetapi ia mungkin tidak terpakai kepada barisan pemain mereka.

Kebanyakan pemain DRC beraksi bersama kelab Eropah dan sudah pastinya menerima bayaran gaji yang lumayan. Contohnya kapten pasukan, Chancel Mbemba.

Mbemba merupakan pertahanan yang memperkuat pasukan Lille dari saingan Ligue 1 di Perancis sejak 2025.

Pemain berusia 31 tahun yang dilahirkan di Kinshasa ini juga pernah menyarung jersi Anderlecht, Newcastle United dan Porto.

Ternyata pengalaman yang dikumpul dengan berkelana di Eropah sejak remaja digunakan Mbemba pada penampilan pertamanya di Piala Dunia untuk membuatkan jentera serangan Portugal sering mati kutu.

Begitulah indahnya jika impian menjadi kenyataan di Piala Dunia. Sudah lah nak layak pun susah, apatah lagi nak menang atau muncul juara.

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Related Topics

Must Watch Video