Juara Dunia sembilan kali, Cheah Liek Hou, tidak mengejar panggilan 'Datuk' tetapi terbuka andai pengiktirafan tersebut diberikan kepadanya selepas tampil dengan pencapaian luar biasa.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 itu menambah koleksi kejuaraan selepas menewaskan wakil Taiwan, Feng Jen Yu, dalam final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dalam Kejohanan Badminton Para Dunia di Bahrain baru-baru ini.
Advertisement
"Gelaran Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk ini bergantunglah jika pihak Kerajaan Persekutuan nak bagi.
"Kalau mereka sudi, saya akan terima," katanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
🚨🚨🔥Momen kepulangan Juara Dunia 9x Perseorangan Lelaki Para Badminton SU 5, Cheah Liek Hou🎉
Welcome home champ🇲🇾
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/7Ex1OGqhsm— Faizal Bazari (@faizalbazario) February 15, 2026
Pemain berusia 38 tahun itu tidak mahu berhenti setakat ini sahaja, sebaliknya masih 'bernafsu' merebut gelaran seterusnya dalam Kejohanan Badminton Para Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Toledo, Sepanyol bermula 25 hingga 29 Mac depan.
Kejayaan Liek Hou itu juga membuktikan faktor usia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang atlet itu.
"Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk berehat beberapa hari untuk menyambut perayaan.
"Persediaan sebelum ini sangat panjang dan saya berjauhan dengan keluarga.
"Saya akan kembali berlatih usai semuanya selesai," tambahnya.