Skip to main content

Bola Sepak

Kad merah Pusey buka peluang Borussia Dortmund lakar kemenangan ke atas 1. FC Köln

Kad merah Pusey buka peluang Borussia Dortmund lakar kemenangan ke atas 1. FC Köln

Penyerang berbisa, Serhou Guirassy menjaringkan gol ke-12 liga musim ini bagi membantu Borussia Dortmund mencatat kemenangan 2-1 ke atas 1. FC Köln dalam aksi Bundesliga di RheinEnergieStadion, sekali gus mengekalkan harapan tipis memburu kejuaraan.

Kemenangan itu menyaksikan Dortmund kini mengumpul 55 mata daripada 25 perlawanan, namun masih ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Bayern Munich. Sementara itu, 1. FC Köln kekal di tangga ke-13 dengan 24 mata.

Advertisement

Dortmund bermula cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit ke-16. Situasi bermula apabila bola muntah hasil percubaan pertahanan 1. FC Köln dilambungkan semula ke dalam kotak penalti oleh Maximilian Beier sebelum Guirassy pantas bertindak menyambar peluang untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Pasukan pelawat kemudian menggandakan kelebihan menerusi jaringan Beier yang menamatkan satu lagi gerakan kemas Dortmund.

Keadaan semakin sukar buat tuan rumah apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jahmai Simpson-Pusey dilayangkan kad merah secara terus pada penghujung babak pertama.

1. FC Köln bagaimanapun berjaya meraih gol sagu hati pada lewat permainan menerusi Jakub Kamiński, namun ia tidak cukup untuk menghalang Dortmund daripada membawa pulang tiga mata penting.

Kemenangan tersebut turut mengukuhkan kedudukan Dortmund dalam kelompok teratas liga sekali gus semakin menghampiri sasaran mereka untuk kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Must Watch Video