Jurulatih Melaka, K. Devan, sedia menerima sebarang keputusan pihak pengurusan pasukan susulan mengalami kekalahan 0-2 kepada Imigresen dalam aksi Liga Super semalam.
Dua jaringan babak pertama menyaksikan Imigresen berjaya menewaskan Melaka di Stadium Hang Jebat semalam.
Advertisement
Keputusan terbabit merekod kekalahan kedua berturut- turut skuad Hang Tuah selepas kecundang di tangan Kuching FC 0-4 minggu lalu.
Selepas tamat perlawanan, Devan berkongsi dia sedia menerima sebarang kemungkinan mengenai masa depannya bersama kelab itu.
"Terpulang kepada pengurusan, saya sedia akur," kata Devan.
🗣️ 'Terpulang kepada pengurusan. Apa saja keputusan yang terbaik untuk team, saya follow...' - K. Devan, Ketua Jurulatih Melaka 🔴🔵⚪@ASTROARENA pic.twitter.com/eLdTBH1JAQ
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 25, 2025
Melaka ketika ini menghuni tangga ke-12 liga dengan mengumpul enam mata selepas 11 perlawanan.
