"Tahun ini posisi saya mungkin berbeza.
Demikian perkongsian jaguh memanah negara, Juwaidi Mazuki, selepas memberi bayangan akan mula memegang peranan sebagai 'atlet-jurulatih' untuk skuad kebangsaan.
Advertisement
Namun, pertukaran peranan itu akan berlangsung secara berperingkat dan dia juga menyifatkan posisinya sebagai pemanah kebangsaan tidak akan berubah dengan sasaran utama untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
"Mungkin tahun ini bakal ada perubahan dibuat daripada posisi saya sebagai atlet.
"Berkemungkinan menjawat peranan selaku jurulatih. Dalam masa sama, saya tetap akan mengambil bahagian untuk bertanding.
"Saya harap dapat mengetahui tanggungjawab secara jelas. Saya boleh terus membantu kerja pembangunan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Sementara itu, susulan pemberian insentif khas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Penaung Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) kepada skuad memanah Sukan SEA Thailand 2025, Juwaidi berharap barisan atlet memahami ia merupakan satu mesej untuk mengambil iktibar prestasi untuk kembali bangkit pada 2026