Seorang jurulatih Valencia dan tiga anaknya meninggal dunia dalam satu kemalangan bot ngeri di Indonesia.
Kelab Sepanyol itu mengesahkan bahawa jurulatih pasukan wanita B mereka, Fernando Martin, meninggal dunia semalam.
Advertisement
Berdasarkan laporan Talk Sport, Martin dan keluarganya menaiki bot pelancong di persisiran pantai Indonesia sebelum dibadai ombak setinggi 10 kaki.
Berdasarkan laporan, feri berkenaan dinaiki 11 pelancong ketika karam di persisir Pulau Padar pada Jumaat lalu.
Martin bersama tiga anaknya berusia sembilan, 10 dan 12 tahun dilaporkan hilang sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Isteri Martin dan anak perempuannya berusia tujuh tahun ditemui selamat.
Empat orang kru kapal dan empat pemandu pelancong juga terselamat.