Jurulatih profesional negara, Nova Armada, mengesahkan pemain di bawah kendaliannya, Aidil Sholeh, sudahpun menerima panggilan menyertai kem latihan menjelang saingan Piala Thomas yang akan berlangsung di Horsens, Denmark pada 24 April hingga 3 Mei ini.
Namun, bagi pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, setakat ini masih belum menerima panggilan ke kem latihan Piala Uber.
Advertisement
Nova berharap Jin Wei akan diberi peluang untuk membantu skuad negara, sekurang-kurangnya sebagai pilihan ketiga perseorangan wanita.
"Aidil menerima panggilan tersebut dan kami sangat bersetuju.
"Kami menyokong jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memanggilnya untuk berlatih bersama.
"Kami juga sangat senang hati jika Goh Jin Wei dipanggil.
Usai juara dunia ke-9 — Cheah Liek Hou, setakat ini hanya akan menerima bonus dari Majlis Sukan Negara Malaysia & pihak penaja. 💰
❌ Majlis Paralimpik Malaysia, tiada sebarang ganjaran diterima ?
Nova hormati keputusan & keutamaan badan tersebut. 🙏@ASTROARENA pic.twitter.com/z0s8ykjuQH— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) February 17, 2026
"Ini untuk negara. Kami sangat berbangga," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Dalam masa sama, Nova turut menyentuh isu ganjaran kepada juara dunia sembilan kali, Cheah Liek Hou, yang setakat ini hanya menerima bonus daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak penaja.
Sementara daripada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), tiada sebarang ganjaran diterima, namun Nova menegaskan pihaknya menghormati apa jua keputusan dan keutamaan badan tersebut.
"Liek Hou sering mengutamakan dirinya.
"MSN sudah menyediakan bonus. Lebih bagus jika MPM juga dapat berbuat demikian.
"Terpulang kepada MPM. Jika tiada, tidak mengapa.
"Cheah Liek Hou tiada masalah.