Skip to main content

Sukan Asia

Jurulatih hoki wanita kebangsaan ada sebab masih tak puas hati belasah Indonesia

kkik
Advertisement

Suka dalam duka.

Persepktif itu dikongsikan ketua jurulatih hoki wanita negara, CR Kumar, berdasar kepada persembahan Malaysian Tigress meskipun menang 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga lapan Sukan Asia 2026.

Advertisement

Kumar menuntut skuad kendaliannya lebih klinikal, khususnya dalam gerakan pukulan sudut penalti.

"Kami perlu lebih klinikal dan dengan deretan peluang yang terlepas, permainan menjadi sukar.

Advertisement

"Kami perlu perbaiki aspek-aspek ini menjelang aksi seterusnya.

"Hanya dengan pendekatan berkualiti, kami dapat jelmakan aksi klinikal seterusnya menembusi gawang lawan," katanya.

Skuad negara bakal bertemu Thailand pada Jumaat ini bagi penentuan tempat kelima terbaik dengan harapan menyamai pencapaian dalam Sukan Asia Hangzhou tiga tahun lalu.

Di kem Indonesia pula, kekalahan 0-3 diraikan sebagai pencapaian yang dibanggakan.

Indonesia yang melantik dua tenaga pakar negara untuk menaikkan mutu sukan hoki Indonesia, Dhaarma Raj Abdullah, selaku pengarah teknikal serta Iman Gobinathan selaku ketua jurulatih berperang dengan ketandusan bakat di negara serantau tersebut.

"Negara ini besar tapi nak sebarkan hoki susah sebab tak popular di sini.

"Ini permainan terbaik kami dalam Sukan Asia," kata Dhaarma Raj. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement