Skip to main content

Berbasikal

Jurulatih datang dan pergi, tak perlu ditangisi

l

Desas-desus Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), John Beasley, yang memberi bayangan meninggalkan PKBM selepas Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026, akibat kecewa dalam menghadapi politik dalaman berbasikal Malaysia.

Ia juga berkait dengan isu dengan persatuan negeri yang enggan melepaskan pelumba mereka ke Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Dunia 2026 supaya mereka beraksi dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung pada tarikh yang sama.

Pemerhati sukan, Datuk Pekan Ramli, menganggap jika Beasley betul ingin meninggalkan kem negara, umum sepatutnya menghormati keputusan itu.

Baginya, ia adalah lumrah bagi industri sukan untuk seorang jurulatih mahu pun pengarah teknikal datang dan pergi.

Ini perkara lazim dalam bidang kejurulatihan, khususnya dalam era profesional.

"Kita tak boleh tahan pemergiannya, tapi tidak perlu anggap kita akan terlepas peluang pingat emas Sukan Olimpik.

"Yang perlu dicari adalah atlet berbakat dan dibentukkan yang betul. Mungkin karisma seseorang jurulatih dapat membantu ke arah yang lebih baik tapi masih banyak lagi calon jurulatih di dunia ini.

"Terpulang untuk kita memilih jurulatih yang tepat dan kita mampu bayar.

"Kalau John Beasley nak pergi, tak perlu kita tangisi," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video