Jurgen Klopp bersetuju untuk menggalas tugas mengembalikan maruah bola sepak Jerman bagi menggantikan Julian Nagelsmann.
Jerman melalui kempen mendukacitakan dalam Piala Dunia 2026 apabila ditumbangkan Paraguay dalam pusingan 32 dan kini berpaling kepada sentuhan Klopp untuk mengembalikan reputasi mereka sebagai pasukan gergasi.
Klopp berundur selepas sembilan tahun membimbing Liverpool -- dengan kejayaan Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) -- atas alasan kepenatan dan selepas tempoh itu, bersetuju memainkan peranan sebagai ketua bola sepak global Red Bull selain bertindak sebagai pemerhati sukan dalam Piala Dunia 2026.
"Kami gembira untuk mengumumkan Jurgen Klopp sebagai jurulatih yang baharu," kata Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Bernd Neuendorf, dalam sidang media di Frankfurt sebentar tadi.