Skip to main content

Bola Sepak

Juliana Banos tidak mahu cerita tentang bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KRU

Bagi kakak-kakak dan abang-abang milenial pasti kenal dengan Juliana Banos yang sensasi pada era 90-an sebelum ini. Jangan tipu -- semua 'excited'- kan bila Juliana membuat penampilan istimewa di konsert KRU Sabtu lalu?

Ketika membesar, antara lirik ikonik daripada salah satu hit Juliana Banos iaitu “Cinta Gila”, adalah “Ku harap bicara cinta, kau cerita tentang bola”. Masa itu saya kecil lagi, terfikir la juga… 'oh cerita bola ini untuk lelaki sahaja'.

Advertisement

TeTapi tidak, zaman sekarang sudah berubah -- tidak kisah lelaki atau perempuan, semua sudah boleh bercerita tentang bola!

Yang penting, peringatan kepada semua pembaca Stadium Astro, Liga Super Malaysia masih 'on-going', dan ketika ini Johor Darul Takzim (JDT) masih 'untouchable' di puncak liga dengan 30 mata maksimum selepas 10 perlawanan!

Di tangga kedua pula adalah Kuching City yang dicabar rapat oleh Kuala Lumpur (KL) City di tempat ketiga.

Melengkapkan empat pasukan terbaik adalah Selangor, yang setakat ini dengan 16 mata.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video