Skip to main content

Badminton

Julang Piala Thomas 2026, seorang lagi pemain umum bersara

gg
Advertisement

Perseorangan lelaki China, Lu Guang Zu, difahamkan sudah mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan daripada kancah badminton pada usia 30 tahun sekali gus menamatkan 11 tahun karier di peringakt antarabangsa.

Dia yang pernah berada di kedudukan 10 terbaik di ranking ke-10 dunia itu merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah China yang memenangi lima gelaran menerusi acara berpasukan seperti Piala Sudirman (2021-2023), Piala Thomas (2024-2026), acara berpasukan Sukan Asia, Kejohanan Berpasukan Asia, dan Kejohanan Berpasukan Campuran Asia.

Advertisement

Untuk rekod, dia menyertai pasukan kebangsaan sejak 2015 dilaporkan akan pulang ke kampung halamannya dan menyertai kejohanan peringkat domestik.

 

Advertisement

 

 

 

 

"Sudah 11 tahun berlalu semenjak saya mula menyertai pasukan kebangsaan pada tahun 2015.

"Daripada seorang pemuda yang tidak berpengalaman sehinggalah kini bergelar seorang lelaki berusia tiga puluhan, perjalanan ini telah dipenuhi dengan pelbagai perjuangan yang sukar—detik-detik kegemilangan berdiri di atas podium, kesedihan yang sunyi selepas mengalami kekalahan, sesi latihan yang penuh dengan keghairahan, serta rasa tidak berdaya dan kecewa yang datang bersama kecederaan.

"Semua ini telah membentuk keseluruhan hidup saya. Namun kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk melangkah ke hadapan." katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video