Pemenang pingat gangsa temasya Sukan Olimpik 1992, Datuk Razif Sidek, mengakui gandingan Aaron Tai-Kang Khai Xing mampu menggegar dunia sekiranya meneruskan momentum kemenangan dan mempamerkan konsistensi dalam setiap kejohanan disertai.
Perkara itu selepas melihat gandingan muda negara itu berjaya mengenepikan cabaran rakan senegara, Chia Weijie-Lwi Sheng Hao, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan dalam tempoh 32 minit di pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 kelmarin sekali gus merupakan kejuaraan pertama mereka yang berstatus Super 300 sepanjang karier mereka.
Advertisement
"Mereka menang di kejohanan berstatus 100 sebelum ini dan kini dalam Super 300, saya harap mereka boleh mencapai lagi dan pergi lebih jauh dalam setiap kejohanan yang mereka sertai.
#SyedModiInternational2025
MD | FINALS#MAS š²š¾ Aaron TaiāKang Khai Xing 6ļøā£ def. #MAS š²š¾ Chia Wei JieāLwi Sheng Hao 3ļøā£ 21ā9 21ā19
ā±ļø 32m
*TAHNIAH! In a repeat of the #ALLIANZMalaysiaSUPER1002025 final, AaronāKhai Xing overcame their compatriots to extend their head-to-head⦠pic.twitter.com/rhDyPOiLRAā BAM (@BA_Malaysia) November 30, 2025
"Walaupun mereka agak muda dan berpotensi, saya harap mereka akan Berjaya." katanya.
Lebih membanggakan lagi, meskipun hanya berusia 19 tahun, namun mereka sudah menunjukkan kematangan daripada aspek permainan, serta berjaya melebarkan rekod pertemuan kepada 2-0 ke atas rakan senegara yang lebih berpengalaman.
Untuk rekod, kajayaan menundukkan Weijie-Sheng Hao menerusi aksi straight set, 21ā9 21ā19, memacu mereka mengungguli lawan senegara itu sepanjang dua pertemuan mereka sepanjang ini.