Skip to main content

Bola Sepak

Juara liga lapan kali! Kelab gergasi EPL perlu disingkirkan?

gg
Advertisement

Bekas Pengerusi Manchester City, David Bernstein, berasakan City perlu menerima hukuman susulan melanggar peraturan kewangan serta perlu dikeluarkan daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara itu susulan Manchester City dilaporkan didapati bersalah terhadap hampir kesemua 115 pertuduhan daripada 116 pertuduhan berkaitan pelanggaran peraturan kewangan EPL, namuin sebarang hukuman masih belum diputuskan.

Advertisement

Pertuduhan berkenaan merangkumi dakwaan kegagalan menyediakan maklumat kewangan yang tepat, laporan mengenai bayaran kepada pemain dan pengurus, pematuhan peraturan UEFA serta Peraturan Keuntungan dan Kelestarian Liga Perdana (PSR).

Kes berkenaan berpunca daripada siasatan Liga Perdana yang bermula pada 2018 susulan pendedahan Football Leaks dan meliputi tempoh sembilan musim dari 2009 hingga 2018 bagi sebahagian besar pertuduhan.

Advertisement

"Ia perkara yang sangat serius dan teruk. Terdapat pemikiran peguam yang menafikan, menafikan dan terus menafikan. Tetapi ini merupakan sebuah kelab bola sepak yang sebahagian daripada liga dan seluruh kredibiliti liga kini dipertaruhkan.

"Hukuman tidak boleh dalam bentuk kewangan semata-mata, perlu lebih berat.

"Jika rayuan gagal, Manchester City tidak boleh terus berada dalam saingan liga, mereka perlu terima akibatnya." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement