Hari terakhir Piala Sport School Junior Fighter (SSJF) 3.0 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Ahad lalu menyaksikan detik istimewa apabila bekas jaguh pencak silat dunia, Datuk Al-Jufferi Jamari, membuat penampilan khas dalam acara pertarungan istimewa bersama Aibek Nurlybekov, bekas juara dunia dari Kazakhstan.
Jufferi yang pernah merangkul gelaran juara dunia pencak silat sebanyak empat kali, sekali lagi mencuri perhatian peminat sukan silat menerusi penampilan istimewa tersebut, sekali gus mengubati kerinduan peminat melihat gerakan dan pertarungannya.
@jufferijamari Asap kemenyan ku meresap!!! Alhamdulillah setelah sekian lama pendam..the moment it’s back!! Terima kasih pada semua anak silat yg menyokong di game SSJF 3.0 Terima kasih pada pelepas saya dan juga pihak pengajur @P0XLIE_KLSS Thanks to all of you!!! I dan kepada parents ALJUSA you are the best family i ever have!!! Kredit to @Zee Zainal dan @MaisterNoah #fyppppppppppppppppppppppp #silatindonesia #darahpendekar #panglimahitam ♬ original sound - Jufferi jamari