Olimpian berbasikal trek negara, Josiah Ng, meneruskan tradisi setiap tahun menyambut Hari Natal tetapi kali ini dengan cara berbeza pada 2025 ini.
Kebiasaannya, bekas rakan seperjuangan Datuk Azizulhasni Awang itu akan pulang ke kampung halaman isterinya di Thailand, namun berbeza tahun ini mereka bersederhana tetapi tetap bermakna di Malaysia.
Advertisement
Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut kemeriahan perayaan -- ada yang menghias rumah dengan pelbagai hiasan warna-warni, ada yang lebih memilih untuk bercuti di luar negara.
Bagi Josiah, kesederhanaan lebih diutamakan. Apa yang penting adalah masa berkualiti bersama keluarga.
"Hari Natal adalah cerita tentang kekeluargaan.
"Meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan adalah perkara menyeronokkan.
"Saya membesar di Amerika Syarikat (AS), jadi saya dapat melihat dan bermain salji.
"Baru-baru ini juga kami sekeluarga pergi ke Beijing, China untuk bermain ski bersama anak-anak.
"Ia juga masa yang sesuai untuk berbakti kepada masyarakat. Pergi ke rumah anak yatim, memberi mereka makan dan barang keperluan," katanya kepada Nadi Arena.
