Skip to main content

Advertisement

Badminton

Jonassen pertahan pemilihan Goh Jin Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

BADMINTON

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, berkata prestasi terkini Goh Jin Wei, terutama aksi penuh semangat sebagai naib juara Masters Thailand menyaksikan dia muncul pilihan ke Piala Uber.

Jonassen turut menegaskan bahawa pengalaman Jin Wei dalam kejohanan berpasukan termasuk penyertaannya dalam Piala Sudirman tahun lalu yang mampu memberi impak besar kepada kekuatan pasukan.

Advertisement

Bagaimanapun, keputusan akhir mengenai penyertaan itu terletak di tangan atlet berumur 26 tahun itu sendiri.

"Saya menginginkan keseimbangan dalam pasukan dan rata-rata tahap pemain wanita negara lebih kurang serupa.

"Ia agak unik dan menjadikannya pasukan yang kompetitif. Mungkin bukan pasukan handalan tapi kami boleh berikan saingan sengit kepada mana-mana pasukan.

"Jin Wei telah buktikan kemampuan di Thailand baru-baru ini.

"Dia mampu bertindak dengan baik sebagai perseorangan ketiga, dia akan memainkan peranan yang menarik dan menambah kekuatan pasukan selain berpengalaman dalam acara berpasukan," katanya.

Semalam, Jin Wei bersama Lee Zii Jia dan jurulatihnya, Liew Darren, sudah pun mengadakan pertemuan selama sejam bersama Chong Wei bagi membincangkan penyertaan dalam pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber yang dijadual berlangsung 24 April nanti sehingga 3 Mei depan.  

Must Watch Video