Skip to main content

E-Sukan

Johor cipta sejarah penganjuran kejohanan e-sukan bertaraf antarabangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

esports

Johor International Esports Championship 2025 (JIEC 2025) telah berjaya dianjurkan dengan penuh gemilang dari 26 hingga 28 Disember 2025 bertempat di Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC).

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan pemain e-sukan terbaik dari rantau Asia Tenggara dan membuktikan Johor sebagai salah satu hab e-sukan utama di Malaysia.

Advertisement

Detik kemuncak kejohanan menyaksikan Malaysia dinobatkan sebagai Juara JIEC 2025 selepas menewaskan Indonesia dengan keputusan dramatik 3–2 dalam perlawanan akhir.

Kemenangan ini mencerminkan tahap profesionalisme, kemahiran tinggi serta daya saing atlet e-sukan tempatan di peringkat antarabangsa.

JIEC 2025 dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dengan kerjasama Johor Darul Takzim Esports Association (JDTEA) serta sokongan beberapa persatuan e-sukan daerah Johor.

Kejohanan ini mempertandingkan permainan utama eFootball Mobile selain acara sampingan seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan eFootball Console, dengan jumlah hadiah keseluruhan RM50,000.

Penyertaan melibatkan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Timor Leste, menjadikan kejohanan ini antara yang paling meriah dan kompetitif di rantau ini. JIEC 2025 bukan sahaja mencungkil bakat baharu, malah menyokong pembangunan belia digital serta memperkukuh ekosistem e-sukan Johor.

Must Watch Video