Skip to main content

Sukan Lain

Jiwa Pejuang Tak Pernah Padam, Pasukan Juruterapi Malaysia Bina Legasi di Pentas Antarabangsa: Vietnam Professional Massage Championship 2026

d

Penyertaan Malaysia Therapist Team (MTT) ke Vietnam Professional Massage Championship 2026 telah pun melabuhkan tirainya. Walaupun kali ini pasukan MTT tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat, penyertaan dalam pertandingan yang menghimpunkan hampir 200 peserta dari Vietnam dan luar negara ini tetap merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dan berharga. 

Juruterapi Malaysia telahpun berikan yang terbaik namun rezeki kemenangan tidak berpihak kepada pasukan Malaysia. Bagi MTT, kemenangan bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan. 

Setiap pertandingan adalah medan untuk menimba pengalaman, menguji tahap kompetensi, mengenal pasti kelemahan serta mempelajari teknik dan standard baharu daripada peserta dan juri antarabangsa. Kesemua juri jemputan yang hadir adalah merupakan nama nama besar dalam dunia urutan dunia.

Ia adalah satu platform membina jaringan perhubungan yang baik dan menunjukan kewujudan barisan juruterapi Malaysia yang sentiasa berdaya saing dan berjuang tinggi. Apa yang paling membanggakan ialah semangat juang anggota MTT yang tidak pernah mengalah. 

Kekalahan tidak dijadikan alasan untuk berundur, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi demi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Perjalanan ini juga mengajar bahawa dalam dunia pertandingan, ada waktunya kita menang dan ada waktunya kita tewas.

Namun, keberanian untuk terus mencuba selepas mengalami kekalahan memerlukan jiwa yang besar. Lebih bermakna apabila segala usaha ini dilakukan tanpa perlu bergantung kepada sebarang tajaan. MTT percaya bahawa setiap langkah yang diambil hari ini merupakan sebahagian daripada perjalanan membina masa depan industri terapi urutan Malaysia. 

Setiap pertandingan antarabangsa membuka ruang untuk kita memahami standard global, membina jaringan profesional dan melihat sendiri tahap kompetensi yang perlu dicapai oleh terapis Malaysia apabila bersaing di peringkat antarabangsa. Kini juruterapi Malaysia mula dikenali dunia dan malahan ramai kini telah diangkat sebagai juri antarabangsa. 

Sesungguhnya, perjalanan MTT ibarat menebas semak samun di tengah hutan belantara. Laluan yang dilalui mungkin sukar, penuh cabaran onak duri dan kadangkala menyakitkan, namun setiap semak yang ditebas membuka jalan yang lebih luas untuk generasi seterusnya melangkah dengan lebih mudah dan yakin bersaing di peringkat global. 

Juruterapi Malaysia telah membuktikan keupayaan kita dalam bidang ini malahan sentiasa mengekalkan ciri glokal tanpa mengenepikan seni warisan kita walaupun bersaing di peringkat antarabangsa seperti pemakaian tanjak, sampin, bengkung herba Malaysia dan lain lain. MTT tidak mahu sekadar mengejar pingat untuk diri sendiri. Lebih besar daripada itu ialah membuka ruang dan laluan kepada terapis muda serta junior Malaysia untuk tampil ke hadapan, mengembangkan bakat, membina keyakinan dan suatu hari nanti berdiri di pentas dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Juruterapi Malaysia perlu contohi kejayaan urutan Thai dan Nuad Thai di peringkat luar negara. Begitu ramai terapis antarabangsa yang datang belajar skill dan teknik urutan Thai untuk dipersembahkan dalam pertandingan urutan. Satu hari nanti urutan warisan Malaysia juga akan diangkat sebegitu rupa. Tahniah dan syabas kepada seluruh Malaysia Therapist Team (MTT) atas keberanian, pengorbanan dan semangat juang yang ditunjukkan. 

Perjalanan ini belum berakhir. Teruskan belajar, teruskan berlatih, teruskan memperbaiki diri dan teruskan membawa nama Malaysia secara glokal. Hari ini mungkin belum menjadi milik kita, tetapi insyaAllah, pengalaman ini akan menjadi asas kepada kejayaan yang lebih besar pada pasukan Malaysia. Legasi yang dibina berjaya mengangkat martabat juruterapi negara dan urutan warisan Malaysia di peringkat dunia. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video