Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Jiwa Mohan saran hoki lantik jurulatih berkelas dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Bekas tonggak utama skuad hoki negara, Jiwa Mohan, terpanggil untuk menyuarakan pandangannya terhadap program melibatkan skuad hoki dalam dewan negara.

Jiwa yang juga merupakan olimpian merasakan tiada keperluan untuk memanggil tenaga pakar malaysia di luar negara bagi memperkuatkan skuad hoki dalam dewan negara ketika ini.

Advertisement

Antara jurulatih negara yang berkelana di luar negara, Dhaarma Raj Abdullah bersama Indonesia dan Megat Azrafiq Megat Termizi bersama Thailand.

Bagi Jiwa, andai ada keperluan mendapatkan jurulatih, adalah lebih baik melantik jurulatih elit dunia dari Eropah mahupun terbaik Asia.

Apa yang pasti, masa semakin suntuk buat kem negara mempersiap pasukan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2027.

"Mereka pernah melatih pasukan negara. Mereka adalah jurulatih yang sangat bagus dan mempunyai kepakaran yang sangat tinggi.

 


"Tapi untuk masa depan, kita juga perlu lihat kemajuan hoki di Iran dan Jerman.

"Kita perlu fikir dari sudut lain, KHM (Konfederasi Hoki Malaysia) perlu mencari jurulatih yang boleh tingkatkan taraf hoki 5s dan hoki dalam dewan.

"Saya lebih cenderung melihat dominasi di peringkat dunia, sekiranya kita fokus kepada Piala Dunia Hoki Dalam Dewan, ia secara tidak langsung akan berikan kesan positif dalam temasya seperti Sukan SEA," katanya. 

Must Watch Video