Skip to main content

Bola Sepak

Jika tak beraksi mungkin KL City akan terkeluar daripada Liga Super... -- Dollah Salleh

ss

Jurulatih Kuala Lumpur City, Datuk Dollah Salleh, berkongsikan pasukannya berkemungkinan boleh terkeluar daripada saingan Liga Super 2026/27 sekiranya gagal turun beraksi dalam perlawanan kedua saingan liga.

Dia menyifatkan 10 pemainnya sebagai pejuang selepas tetap turun beraksi meskipun terpaksa menjadi mangsa belasahan 0-6 kepada Kuching City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dollah juga mengakui krisis kekurangan pemain itu adalah pengalaman pertama sepanjang kariernya.

Namun, usaha Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar, menyelesaikan tunggakan gaji berjumlah RM1.1 juta akhirnya memastikan The City Boys bebas daripada sekatan perpindahan FIFA tepat jam 1 pagi waktu tempatan pada Khamis.

"Sebenarnya keputusan sudah dijangkan, sebenarnya jika kami tidak beraksi ada kemungkinan besar KL City akan terkeluar daripada Liga Super.

"Apa pun yang penting kami sudah terima berita bahawa sudah bebas daripada sekatan perpindahan pemain, jadi perlawanan akan datang, tidak boleh dijadikan alasan lagi." katanya.

Sementara itu, pertahanan The City Boys, Giancarlo Gallifuoco, tidak dapat menyembunyikan emosinya ketika mengharungi situasi sukar itu bersama rakan sepasukan.

Aksi berdepan Kuching City itu turut mencatat sejarah Liga Super apabila Kuala Lumpur City terpaksa beraksi dengan jumlah pemain yang tidak mencukupi.

"Saya menangis kerana saya berharap dapat memberikan pasukan lebih lagi, saya bertahan dengan serius.

"Saya mahu menjadi rakan sepasukan yang terbaik, saya menangis kerana saya tidak mahu dibolosi. Saya lihat kiri dan kanan bolos, saya salahkan diri saya.

"Saya sayangkan pasukan ini, saya sedih kerana saya tidak mahu kecewakan penyokong yang hadir, ia membuatkan saya sedih kerana saya tidak boleh hentikan mereka (pasukan lawan)." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement