Jerman mengekalkan kejuaraan Piala Dunia Hoki 2026 selepas menewaskan Sepanyol 1-0 pada aksi final di Wavre, Belgium, awal pagi tadi.
Michel Struthoff muncul wira Jerman apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-44 menerusi permainan padang (field goal) untuk memastikan kemenangan pasukan Andre Henning.
Kejayaan itu menyaksikan Jerman mempertahankan kejuaraan yang dimenangani pada 2023, selain meraih gelaran dunia buat kali keempat.
Jerman kini menyamai rekod Pakistan sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Dunia Hoki lelaki dengan empat kejuaraan.