Skip to main content

Olahraga

Jeganathan mahu sertai Olahraga Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jega

"Saya berminat untuk kembali"

Wira di sebalik kejayaan jaguh pelari para negara, Ridzuan Mohamad Puzi, merangkul pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 iaitu R. Jeganathan menyimpan hasrat untuk kembali ke pangkuan kem kebangsaan tahun ini.

Advertisement

Bekas ketua jurulatih olahraga para Malaysia itu sempat meluahkan harapannya untuk bergabung dengan Olahraga Malaysia (MA) ketika dihubungi Stadium Astro hari ini.

Sebelum ini, jodoh Jeganathan bersama skuad para kebangsaan berakhir pada 2022 ekoran kontraknya tidak disambung oleh Majlis Sukan Negara (MSN), dan digantikan oleh penolongnya, Ahmad Rafee Ariffin.

Jeganathan meneruskan legasinya melalui peranan berbeza apabila terus menggilap bakat-bakat tempatan menerusi akademinya sendiri, Jega Athletic Club.

MA dalam masa sama pada empat haru lalu turut menguar-uarkan kekosongan jawatan jurulatih yang memiliki pengalaman luas dalam bidang itu.  

Must Watch Video