Skip to main content

Bola Sepak

JDT pecah rekod dunia! Kuching City jadi mangsa pembukaan musim

JDT pecah rekod dunia! Kuching City jadi mangsa pembukaan musim

Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka tirai saingan Liga Malaysia dengan langkah bergaya apabila menewaskan Kuching City 3-0 dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Hanya 10 minit diperlukan Harimau Selatan untuk memecah kebuntuan menerusi Marcos Guilleme, sekali gus meletakkan tuan rumah di depan.

Bagaimanapun, selepas gol pembukaan itu, benteng terakhir Kuching City tampil lebih kebal untuk menafikan beberapa percubaan JDT.

Anak buah Aidil Sharin tetap berjaya bertahan sehingga tamat separuh masa pertama dengan hanya ketinggalan satu gol.

Memasuki babak kedua, beberapa pertukaran dilakukan dan kemasukan Ramadan Saifullah hampir menghasilkan gol penyamaan buat Kuching City pada minit ke-51.

Namun, penjaga gol JDT, Syihan Hazmi, tangkas menafikan percubaan tersebut.

Sebaliknya, JDT terus menggandakan tekanan dan usaha itu membuahkan hasil apabila Oscar Arribas meledak gol kedua untuk menambah derita Kuching City.

Walaupun ketinggalan 0-2, Kuching City enggan mengalah dan terus mencari ruang untuk merapatkan jurang.

Shamie Iszuan turut menguji Syihan, namun penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi muncul sebagai penghalang terakhir buat pasukan pelawat.

JDT kemudian melengkapkan kemenangan bergaya menerusi muka baharu, Shahab Zahedi, yang menjaringkan gol ketiga pada penghujung perlawanan.

Kemenangan 3-0 itu bukan sahaja memastikan JDT memulakan musim dengan trofi, malah melanjutkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan kepada 109 perlawanan.

Lebih manis, JDT turut menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kesembilan berturut-turut, meneruskan penguasaan mereka dalam saingan pembukaan musim Liga Malaysia.

Sementara itu, kemenangan ini menyaksikan JDT mencipta rekod dunia dengan melewati 109 perlawanan liga tanpa tewas -- mengatasi rekod sebelum ini dilakar ASEC Mimosas.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video