Skip to main content

Bola Sepak

JDT II tewas mengejut!

JDT

Universiti Malaya (UM)-Damansara melakar kebangkitan bergaya menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) II 2-1 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Pasukan itu akhirnya meraih kemenangan pertama untuk membawa pulang tiga mata berharga selepas dua perlawanan menyaksikan pelapis Harimau Selatan menghadapi kekalahan mengejut dalam kempen Liga A1 Semi-Pro musim ini.

JDT II yang dibintangi beberapa tonggak Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba, Feroz Baharudin, Alif Ahmad, Daryl Sham, Faris Danish Asrul dan Syahmi Safari, menjadi tunjang utama juara bertahan mengekalkan rekod bersih, namun pelawat mencipta kejutan menundukkan tuan rumah hasil dua jaringan pada separuh masa kedua.

Syukur Fariz Januri terlebih dahulu memberi kelebihan buat JDT II sebelum Amirul Akmal dan Saiful Iskandar menewaskan penjaga gol Zulhilmi Sharani untuk JDT II berputih mata di laman sendiri.

Terdahulu, UM-Damansara tersingkir dalam Piala FA dengan kekalahan agregat 1-14 di tangan skuad utama JDT di bawah kendalian Xisco Munoz baru-baru ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement