Bekas penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias, berkongsikan beberapa kriteria yang perlu ada pada sesebuah penjaga gol sebelum diberikan tanggungjawab sebagai benteng terakhir Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim itu turut menyatakan penjaga gol yang memiliki keyakinan tinggi dengan bola juga antara ukuran bagi menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu.
"Kriteria, untuk saya semestinya perlu lebih baik daripada penjaga gol yang lain, itu utama.
"Tetapi seorang penjaga gol perlu sepadan dengan apa yang diterapkan jurulatih, daripada pengalaman saya bersama JDT, mereka mencari penjaga gol yang mempunyai kemampuan 'ball-playing goalkeeper', dan mempunyai keyakinan tinggi dengan bola.
"Kerana apabila bermain dengan JDT akan bermula dari bawah, sekiranya ada kesilapan akan menghukum pasukan.
"Untuk corak bermain seperti itu, bukan mudah. Dengan sokongan yang ada di JDT, boleh bermain begitu." katanya.