Cape Verde secara rasminya melantik Humberto Bettencourt sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Bubista yang sebelum ini memacu pasukan ke-64 dunia itu mara ke pusingan 32 Piala Dunia 2026 bulan lalu.
Jurulatih berusia 51 itu sebelum ini merupakan penolong jurulatih buat Cape Verde sejak enam tahun lalu.
🚨OFFICIEL !
Humberto Bettencourt est le nouveau sélectionneur du Cap-Vert.
Ancien adjoint de Bubista, il prend désormais les commandes de la sélection nationale.
Bienvenue à lui et bonne chance pour ce nouveau défi ! 🦈🇨🇻 pic.twitter.com/l4tK0hgtRw— Les Requins Bleus🇨🇻 (@LesRequinsBleus) August 19, 2026
Dia mengisi kerusi panas itu selepas bekas jurulatih, Bubista, meninggalkan jawatan itu bagi mengambil alih kelab Maghribi, Renaissance Berkane, yang marah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Afrika musim lalu.
Cape Verde akan memulakan kempen Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika bulan depan menentang Mali pada 25 September ini.