Skip to main content

Olimpik

Jasin mungkin sekali lagi jadi destinasi persiapan Hidilyn Diaz ke LA28

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hidilyn mahu kembali ke Jasin buat persiapan hadapi LA2028

Penyumbang pingat emas pertama Filipina di Sukan Olimpik, Hidilyn Diaz tidak menolak kemungkinan sekali lagi menjadikan Jasin, Melaka sebagai salah satu 'destinasi' persinggahannya dalam misi rebut tempat ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Diaz yang merangkul emas angkat berat kategori 55 kilogram di Tokyo secara rasminya keluar daripada persaraan dan pasang hajat melakukan penampilan kelima Sukan Olimpik di Los Angeles.

Advertisement

Lebih menarik, Diaz mengintai peluang mewarnai Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 dan atas dasar itu serius menjadikan jasin sebagai 'hab persediaan' ke LA28.
 

Must Watch Video