Skip to main content

Bola Sepak

Jangan cabar! Protes, akibat hutang gaji, 21 pemain hilang serta merta

Astana

Sesuatu yang jarang berlaku dalam bola sepak.

Antara hak, tuntutan dan minat.

Kelab bola sepak Astana dilanda krisis besar apabila 21 pemain meninggalkan kelab serta merta ekoran tidak menerima gaji mengakibatkan perlawanan liga pada Sabtu ini berisiko ditangguhkan.

21 pemain berkenaan sebulat suara mengatakan mereka tidak akan bermain sehingga kelab itu membayar hutang yang telah terkumpul selama beberapa bulan.

Astana yang menduduki tempat ketiga Liga Perdana Kazakhstan berpotensi jatuh sekiranya terlepas untuk mengekalkan kelebihan dengan ketiadaan tonggak.

Pihak pengurusan kelab pantas mengeluarkan kenyataan menjawab dakwaan itu dengan berjanji untuk menyelesaikan segala masalah tunggakan dengan kadar segera.

Bagaimanapun, kelab memutuskan mereka akan terus bermain musim ini dengan menggunakan pasukan dari akademi mahupun pembangunan jika perlu. Skuad simpanan dijangka diturunkan menentang Ordabasy dan Kairat. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement