Skip to main content

E-Sukan

Jalinan kerjasama bersama CelcomDigi sejak hari pertama pacu Selangor Red Giants ke pentas antarabangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg

Daripada gelanggang tempatan ke pentas antarabangsa, siapa sangka impian sebuah pasukan kerdil dalam arena sukan elektronik (e-sukan), Selangor Red Giants (SRG), kini mencetuskan fenomena apabila membawa cabaran negara di pentas dunia bersama rangkaian telekomunikasi strategik terkemuka dalam negara iaitu CelcomDigi.

Kejayaan Selangor Red Giants yang disokong oleh CelcomDigi itu bukan sahaja memberikan fokus dalam pembangunan industri e-sukan di Malaysia, malah mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap kancah e-sukan, selain membantu mencungkil bakat baru yang mampu bersaing secara kompetitif.

Advertisement

Skuad Gergasi Merah itu ditubuhkan pada 2023 dengan nama Yoodo Red Giants (YRG) pada awalnya – Yoodo merupakan satu jenama dibawah naungan Celcom pada masa itu- sebelum menjadi pasukan e-sukan pertama buat pasukan Selangor yang penuh sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia dan dijenamakan semula pada Ogos 2024 sebagai Selangor Red Giants.

Begitupun, walaupun Yoodo ditutup, komitmen antara Selangor Red Giants dan CelcomDigi berterusan dengan jalinan kerjasama secara berterusan bukan sahaja daripada aspek rangkaian dan jaringan, malah komited sepanjang perjalanan Selangor Red Giants ketika beraksi dalam memberikan sokongan moral dan dorongan sehingga ke hari ini.

Kerjasama strategik yang membantu Selangor Red Giants melangkah jauh itu tidak dapat dinafikan sejak hari pertama lagi apabila pasukan dari Lembah Klang itu mula bersaing pada musim pertama sehingga mendominasi saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia.

Sehingga ke hari ini jalinan kerjasama Selangor itu telah melakar kejutan demi kejutan bermula dengan menjadi pasukan pertama di Malaysia yang menjuarai MPL Malaysia dalam empat musim berturut-turut serta memegang rekod 107 hari tanpa kalah.

Tidak terhenti di situ, Selangor Red Giants terus mencipta sejarah demi sejarah bersama CelcomDigi apabila membawa pulang hadiah lumayan bernilai $1,000,000 (RM4.67 Juta) ketika menjadi wakil pertama dari Malaysia yang merangkul kejuaraan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang 2024 di Riyadh, Arab Saudi sekali gus menamatkan kemarau tujuh tahun negara dengan menjuarai kejohanan e-sukan di peringkat antarabangsa.

Malah, anak buah Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia yang dibarisi Mark Genzon Rusiana 'Kramm', Hazziq Danish 'Stormie', John Vincent Banal 'Innocent', Mark Genzon Rusiana 'Kramm', Muhammadn Qayyum Ariffin Suhari 'Yums' dan Muhammaf Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman 'Sekys' itu turut bergelar naib juara MSC bagi edisi 2025.

Kejayaan SRG di pentas global ternyata membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu melahirkan sebuah pasukan yang mampu bersaing di rantau Asia Pasifik sehingga menarik kerjasama strategik bersama jaguh e-sukan terkemuka Eropah, OG Esports sehingga wujudnya gabungan 'SRG.OG Esports' dalam saingan MPLMY musim ke-16 bagi memperkukuhkan kedua-dua jenama dalam landskap e-sukan menjadi lebih kompetitif.

Misi memburu tiket ke pusingan Grand Final, Kejohanan Dunia M7 terus menyala buat wakil tunggal negara itu selepas tewas tipis 2-3 ketika berdepan pasukan dari Filipina, Aurora Gamings, semalam. Namun, Selangor Red Giants akan turun esok di pusingan lower bracket final untuk merebut slot ke pentas akhir dan menjadi wakil Malaysia pertama yang akan ke pusingan Grand Final.

Dalam pada itu, penyokong Selangor Red Giants berpeluang menjadi saksi perjalanan Selangor Red Giants memburu kejuaraan di Kejohanan Dunia M7 bersama CelcomDigi yang menawarkan perantauan 5G tanpa had selain memberikan liputan merangkumi 82 negara dengan hanya satu pas termasuk Indonesia bagi memastikan anda bersambung secara automatik ke rangkaian terkuat dengan kelajuan internet yang maksimum.

Selain pengaktifan mudah menerusi aplikasi CelcomDigi tanpa perlu melakukan penukaran SIM ataupun membeli SIM baru, rangkaian CelcomDigi sesuai buat penyokong SRG yang bakal hadir di Jakarta untuk menyaksikan Kejohanan Dunia M7 agar terus kekal berhubung, berkongsi momen menarik selain mengikuti perjalanan wakil negara itu secara langsung.

CelcomDigi turut menawarkan pengalaman perantauan semua dalam satu. Pakej lengkap (data, panggilan, Dan perantauan dalam penerbangan) dengan pas dan harga fleksibel (3/7/14/30 hari, RM28-RM118) bersama diskaun 50% untuk pascabayar 120 ke atas bagi memastikan anda mendapat sambungan ke rangkaian terbaik dimana jua anda berada.
 

Must Watch Video