Jaguh rakan muda terbukti bukan sekadar rancangan realiti yang menguji ketahanan fizikal dan kebijaksanaan. Selaku rancangan realiti belia terbesar negara, ia menjadi pentas untuk golongan muda menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar.
Dari Bukit Tadom ke Menara KL, setiap episod menawarkan cabaran berbeza yang merangkumi semua aspek.
Advertisement
Peserta perlu menghadapi bukan sahaja tugasan fizikal, bahkan ujian emosi dan tekanan kerja berpasukan. Setiap titisan peluh, gelak tawa, ketegangan dan juraian air mata membawa kepada pembentukan jati diri.
Tiada zon selesa sejak dari awal. 80 peserta dipilih dengan ketat dan hanya 24 daripada meerka layak ke peringkat akhir, di mana semua mereka perlu memberikan yang terbaik dalam keadaan penuh tekanan.
Kegagalan, konflik dan juga keraguan adalah nyata tetapi detik-detik inilah yang membolehkan mereka belajar untuk berdikari, menyokong satu sama lain dan memperbetulkan setiap kekurangan. Ia bukan sekadar pertandingan, ia perjalanan dalam pertumbuhan sahsiah.
Di sebalik setiap cabaran, sepuluh prinsip utama belia diterapkan dalam program ni, iaitu:
· Kecergasan Fizikal: Dalam latihan keras di Bukit Tadom, setiap peserta mencabar had mereka bagi membentuk ketahanan dri.
· Pengurusan emosi: Dalam menghadapi kegagalan dan tekanan, setiap peserta belajar untuk mengawal emosi dan kekal bertenang.
· Kemahiran komunikasi: Tugas berpasukan memerlukan komunikasi yang berkesan, jika tidak, tugasan tidak akan dapat diselesaikan.
· Kerjasama berpasukan: Menyokong satu sama lain dan menyelesaikan masalah secara bersama-sama
· Kreativiti dan Penyelesaian Masalah: Melengkapkan cabaran dengan sumber yang terhad dan merangsang inovasi
· Kepimpinan: Mengambil tanggungjawab pada saat-saat kritikal dan memimpin pasukan ke hadapan
· Empati: Belajar memahami kesukaran rakan sepasukan dan memberikan galakan di antara satu sama lain.
· Kekuatan mental: Kegagalan bukan satu penamat tetapi titik permulaan untuk pertumbuhan seterusnya.
· Disiplin diri: Mengikut peraturan dan mencuba untuk tidak berputus asa
· Keupayaan membuat keputusan: Membuat pertimbangan dengan cepat dan berkesan dalam menghadapi situasi yang kompleks.
Dalam peringkat akhir, pasukan Harimau Merah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 .
Apa yang lebih penting, program ini menunjukkan kepelbagaian kebolehan dan potensi belia Malaysia, membolehkan masyarakat melihat bahawa golongan muda bukan sahaja mempunyai tenaga, bahkan memiliki rasa bertanggungjawab dan semangat berpasukan.
Ini bukan sekadar program realiti, ia juga menjadi cerminan yang membolehkan masyarakat melihat potensi sebenar golongan muda dan menggalakkan setiap orang muda untuk mempercayai diri dan menghadapi cabaran dengan berani.
Rakan Muda, Yakin Boleh!