Skip to main content

Bola Sepak

J-League: Dion Cools jaring sepakan penalti Cerezo Osaka tapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Dion Cools

Dion Cools menjaringkan gol dalam penentuan penalti tetapi ia masih belum cukup untuk membantu Cerezo Osaka memperoleh satu mata tambahan selepas terikat 0-0 dengan seteru setempat, Gamba Osaka, dalam saingan J-League 100 Year Vision di Yanmar Stadium Nagai, petang semalam.

J-League 100 Year Vision merupakan kejohanan khas secara 'one-off' selama lima bulan bagi menyelaraskan kalendar J-League dengan kalendar Eropah pada Ogos depan.

Advertisement

Menariknya, kejohanan ini memperkenalkan format mata unik, di mana seandainya keputusan terikat sepanjang 90 minit masa sebenar, ia harus melalui penentuan penalti dan pemenang dalam penentuan itu akan memperoleh dua mata manakala pasukan yang kalah akan memperoleh satu mata -- pasukan yang menang dalam tempoh 90 minit mendapat tiga mata dan pasukan yang kalah dalam tempoh itu tidak mendapat sebarang mata.

Selepas 90 minit perlawanan 'Derby Osaka' itu berakhir tanpa sebarang jaringan, bintang Harimau Malaya, Cools, antara penjaring dalam penentuan penalti tetapi malangnya, Reiya Sakata, yang mengambil sepakan terakhir Cerezo, gagal menemui jaring sebelum Shuto Abe memastikan dua mata buat Gamba Osaka.

Dengan keputusan itu, Cerezo terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata.

 

Must Watch Video