Bintang Harimau Malaya, Dion Cools, diletakkan sebagai pemain tumpuan menjelang aksi J-League 1 di antara Cerezo Osaka dan Gamba Osaka petang ini.
J-League dalam satu hantaran media sosial baru-baru ini mengirimkan sepotong video aksi-aksi pertahanan dari Malaysia itu dengan kapsyen: "PEMAIN TUMPUAN: Dion Cools dari Cerezo Osaka."
Advertisement
Hantaran terbaru Cerezo pula mengesahkan bahawa Cools akan bermula sebagai kesebelasan utama menjelang sepak mula di Yanmar Stadium Nagai pada jam 3.00 petang ini.
Sebagai rekod, ia merupakan aksi pertama kedua-dua pasukan itu bagi saingan Kumpulan B, J-League 1 2026.
=======
MEIJI YASUDA J1 100 YEAR VISION LEAGUE | PLAYER TO WATCH: Dion Cools of Cerezo Osaka🌸🇲🇾#JLEAGUE #football #cerezoosaka pic.twitter.com/G2lH7vBdV0
— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) February 4, 2026
==========
明治安田J1百年構想リーグ 第1節
2/7 16:00 KICK OFF⚽️#セレッソ大阪 × ガンバ大阪
🐺🌸STARTING LINEUP🌸🐺
キックオフ迫る!
みなさま熱い応援よろしくお願いします🔥
試合を見るなら #DAZN で!
詳しくは👇https://t.co/xXqK5hqXhy#ヤンマーサポーティングマッチ pic.twitter.com/de9v2jkOBg— セレッソ大阪オフィシャル (@crz_official) February 7, 2026