Pelari pecut wanita Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira antara 13,779 calon yang memperoleh keputusan cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Menerusi perkongsian Wartawan Astro Arena, Karl Nunis di sosial media, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu itu dilihat berkongsi kejayaannya memperoleh 9A dan sedang mengintai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Advertisement
Andai perancangan ini menjadi kenyataan, Izzatul Musfirah bakal mengikut jejak langkah pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang memperoleh 6A dalam SPM 2021, yang membolehkannya menerima tawaran biasiswa dan menyambung pelajaran di Universiti Auburn, Amerika Syarikat.
Pelari pecut remaja negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira cemerlang SPM menerusi keputusan ‘Straight A’
Pelajar SMK Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu sedang intai peluang melanjutkan pelajaran di luar negara.
@ASTROARENA pic.twitter.com/rfGgTFVewt— karlnunis (@_karlnunis) March 31, 2026
Nama Izzatul Musfirah mula mencetus sensasi selepas memecah empat rekod dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 di Perlis Bawah 18 Tahun (B-18) serta meraih empat pingat emas seminggu sebelum itu, sehingga dicanang sebagai permata dan penerus legasi olahraga negara.
Teruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan.