Ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, menitipkan pesanan penting buat barisan pemain The Cops menjelang aksi Liga Super menentang Imigresen di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang petang ini.
Pengendali itu mahu anak buahnya terus berjuang demi karier masing-masing walaupun hakikatnya mereka terpaksa 'ikat perut' gara-gara masalah tunggakan gaji.
Advertisement
Difahamkan, skuad PDRM tidak menerima bayaran gaji selama lima bulan sejak Mei lalu, sekali gus menyukarkan pasukan itu untuk bersaing musim ini.
Mereka hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan dan tewas kesemua tiga perlawanan terakhir tanpa dapat menjaringkan gol.
Eddy akui tidak banyak yang boleh dilakukannya selain memberikan motivasi buat pemain untuk kekal meneruskan perjuangan.
"Saya sering ingatkan pemain, ini ibarat periuk nasi kita, mereka suka atau tidak, mereka perlu laksanakan taunggungjawab mereka dan hormat pekerjaan mereka," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Harapan saya agar kepada yang berkenaan, akan ada satu tindakan yang positif daripada mereka untuk membantu pasukan.
"Ini kerana ia satu kerugian yang besar apabila berlaku masalah seperti ini dalam keadaan pasukan yang sebenarnya mampu untuk bersaing dalam liga tahun ini."

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!