Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Isu pemalsuan dokumen: FAM terlepas pandang, turunkan semula Laporan IIC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Yusoff Mahadi

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengakui badan induk itu terlepas pandang memuat naik laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) di laman web rasmi mereka pada waktu yang tidak sesuai ketika kes pemalsuan dokumen sedang dibawa ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Jelas Yusoff, dokumen laporan berkenaan terpaksa diturunkan semula kerana tidak mahu ia mengganggu penyerahan dokumen oleh kumpulan peguam FAM kepada CAS.

Advertisement

"Memang kami sudah memuat naik kerana laporan IIC itu adalah dokumen awam dan kerana itulah kami memuatnaiknya pada petang hari berkenaan," katanya dalam sidang media hari ini.

"Akan tetapi, kami terlepas pandang bahawa pada tarikh yang sama, ia mrupakan hari kami menghantar dokumen ke CAS.

"Jadi, kami menurunkannya semula atas faktor tidak mahu laporan itu mengganggu penyerahan dokumen oleh peguam kami kepada CAS.

"Apapun, Saya berjanji selepas kami mendapat pelepasan daripada kumpulan peguam kami, kami akan memuatnaiknya semula kerana ia merupakan dokumen awam."

 

Must Watch Video