Di usia 41 tahun, baru sahaja bergelar suami kepada Georgina Rodriguez selepas satu dekad bersama dan kini tampil dengan penampilan baru, rambut blonde yang cukup berbeza daripada imej biasanya.
Namun, satu perkara yang masih kekal sama mengenai Cristiano Ronaldo adalah menjaringkan gol! Kapten Al-Nassr itu sekali lagi menjadi watak utama apabila meledak gol kemenangan buat kelab itu yang bangkit menewaskan Al-Taawoun 2-1, sekali gus memastikan tiga mata penuh dan rekod kemenangan 100 peratus selepas empat perlawanan Liga Pro Saudi musim ini.
Ronaldo has changed his hair colour to blonde.
Cool or not Cool?. pic.twitter.com/e4Lh4PWicaβ π ½ππ °ππ ·π ° (@NNyashaYessur) August 25, 2026
Jaringan itu merupakan gol individu ke-978 βAbang Doβ sepanjang karier professionalnya yang turut bermakna 22 gol lagi diperlukan untuk mencapai empat angka iaitu 1000 jaringan. Bukan itu sahaja, ia juga gol kedua Ronaldo dalam musim ini selepas membuka akaun jaringan ketika kemenangan 4-0 ke atas Riyadh minggu lalu.
π¨π¨| GOAL: CRISTIANO RONALDO WITH A BRILLIANT FLICK TO PUT AL NASSR IN FRONT!!!
Al Nassr 2-1 Al Taawounpic.twitter.com/X8PQAXTDs9β CentreGoals. (@centregoals) August 28, 2026
Beberapa minggu terakhir ini kita sering dengar perubahan besar yang dibawa Ronaldo. Dia mengahwini Georgina dalam majlis tertutup di Cascais, Portugal pada 11 Ogos sebelum kembali ke Riyadh dengan penampilan baru lebih muda menerusi rambut berwarna blonde-copper.
Mungkin status sudah berubah, penampilan juga berubah, tetapi di atas padang tetap tidak pernah mengecewakan, terus berbisa untuk mencetak jaringan demi jaringan.