Bila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF)?
Bila pencalonan dibuka? Kalau AGM belum menetapkan proses pemilihan dan borang pencalonan pun belum dibuka, bagaimana sudah timbul cerita Presiden PSM kononnya “menarik diri”?
Tarik diri daripada apa? Biarlah proses berjalan dahulu. AGM ditetapkan, pencalonan dibuka, calon diumumkan — kemudian barulah kita bercakap soal menang atau kalah.
Dan satu persoalan lebih besar: Sampai bila ISTAF mahu terus diterajui Thailand? Lebih 30 tahun bukan tempoh yang singkat.
Sepak takraw milik semua negara anggota. Beri ruang kepada pertandingan. Beri ruang kepada perubahan. Biar demokrasi menentukan. Jangan tutup gelanggang sebelum sepak mula.