Skip to main content

Sepak Takraw

ISTAF denda pemain, pegawai Thailand susulan tinggalkan aksi final Piala Dunia Sepak Takraw

ISTAF denda pemain, pegawai Thailand Susulan tinggalkan aksi final Piala Dunia Sepak Takraw

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mengenakan denda terhadap lima pemain dan tiga pegawai pasukan kebangsaan Thailand susulan insiden meninggalkan perlawanan final Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF Kuala Lumpur 2026 Mei lalu.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata kes berkenaan dibicarakan oleh Panel Pendengaran Tatatertib ISTAF pada 10 Ogos lalu di The Grand FourWings Convention Hotel, Bangkok.

Perlawanan akhir tersebut dihentikan dan ditinggalkan sekitar jam 12.05 tengah malam pada 24 Mei 2026.

Abdul Halim mengesahkan kesemua lapan individu yang terlibat didapati bersalah.

Tiga pemain utama, Phutawan Sopa (jersi No. 1), Wichan Temkort (No. 20) dan Jakkrit Thinbangbon (No. 14), masing-masing dikenakan denda ASD6,000, manakala tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap mereka telah pun selesai.

Dua pemain simpanan, Sittipong Khamchan (No. 18) dan Chattuphon Siriart (No. 8), masing-masing didenda AS$5,000, dengan tempoh penggantungan mereka juga telah selesai.

Dua jurulatih pasukan, Narachit Kalachan selaku ketua jurulatih kebangsaan dan Sahachat Sakhoncharoen (penolong jurulatih), pula masing-masing dikenakan denda ASD8,000.

Pengurus pasukan, Auychai Srisuwan, dikenakan denda paling tinggi dalam kalangan anggota pasukan iaitu AS$10,000, selain tempoh penggantungannya juga telah selesai.

Menurut Abdul Halim, kegagalan menjelaskan denda dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis hukuman akan menyebabkan individu terbabit dikenakan penggantungan antara satu hingga dua tahun, selaras dengan Peraturan Prosedur Tatatertib ISTAF.

Keputusan berkenaan ditandatangani pada 11 Ogos 2026 oleh anggota Panel Pendengaran Tatatertib ISTAF yang terdiri daripada wakil dari lima negara.

Abdul Halim berkata, pihak yang dikenakan hukuman masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis penalti.

Bagaimanapun, rayuan berkenaan perlu disertakan bayaran sebanyak ASD500.

Keputusan ISTAF itu dibuat susulan kontroversi yang tercetus ketika aksi final Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF Kuala Lumpur 2026, yang menyaksikan pasukan Thailand meninggalkan perlawanan sebelum ia dapat diselesaikan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video