Skip to main content

Bola Sepak

Islam pernah terima tawaran beraksi dalam Malaysia

Islam

Bekas pemain kebangsaan Bangladesh, Mamunul Islam, mendedahkan pernah menerima tawaran beraksi bersama sebuah kelab di Malaysia, namun tidak diketahui pasukan manakah yang melamar khidmatnya.

Dalam masa sama, perkongsian di media sosial itu turut mendakwa tonggak tengah Fortis itu hampir berkelana ke Sepanyol untuk beraksi dalam LaLiga.

Advertisement

Mamunul Islam Mamun mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak minggu lalu dengan perlawanan terakhirnya pada Jumaat ini menjadi detik perpisahan bersama kelab.

Dalam satu sidang media, dia mengungkapkan penyesalan tidak bergelar juara kejohanan SAFF meskipun hampir merangkul kejuaraan dan tidak mendapat minit permainan bersama kelab terdahulu, Atletico de Kolkata.

Bekas kapten negara itu merekodkan 67 penampilan bersama skuad negara, selain membantu negaranya beraksi dalam playoffs Kelayakan Piala Asia 2019.

Must Watch Video