Skip to main content

Sukan Lasak

Islam Makhachev minta perompak pulangkan balik kenangan daripada bintang PSG

psg

Biarpun mempunyai besar dalam dunia mempertahankan diri, bintang sensasi UFC, Islam Makhachev, menjadi mangsa rompakan di Itali -- yang baru tiba dari Perancis selepas menghadiri perlawanan membabitkan Paris Saint-Germain (PSG) -- kesal kerana kasut yang dihadiahkan oleh pemain sensasi PSG, Khvicha Kvaratskhelia, dirompak.

Kumpulan samseng tersebut, bagaimanapun, meninggalkan dompet dan pasport atlet berusia 34 tahun itu.

Advertisement

"Pemanduan saya ke Itali berjalan lancar tetapi sekarang saya tidak menyukai Itali. Saya akan ceritakan bagaimana saya dirompak di sini.

"Yang tinggal hanyalah dompet dan pasport saya. Perompak yang baik hati itu memulangkan pasport saya. Benda paling berharga di dalam beg pakaian itu ialah but bola sepak yang diberikan kepada saya oleh (Kvaratskhelia) selepas perlawanan.

"Pencuri, jika bola sepak bukan kegemaran anda, saya akan ambil semula kasut itu," tulisnya di laman sosial.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video