Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Isak bernasib malang, Carragher pertahan terjahan van de Ven

t.spurs logo.png

Join now via My Astro App to win Spurs jersey & merchandise!

EPL

Jamie Carragher mempertahankan terjahan Micky van de Ven ke atas Alexander Isak hingga mencetuskan kebimbangan bahawa kaki penyerang itu Liverpool dipatahkan.

Bintang Sweden itu selamat menjalani pembedahan pergelangan kaki selain tulang ketingnya retak tanpa kelab berkongsi dengan tepat tempoh pemulihannya -- harga bagi sebuah gol ketika The Reds menundukkan Tottenham di Anfield, kelmarin.

Advertisement

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, pula bertindak mempertahankan pemain pertahanan tengah Spurs tersebut.

"Ia satu tamparan hebat kerana saya fikir Liverpool sebenarnya kekurangan seorang penyerang.

"Terdapat banyak yang dilakukan pemain Tottenham dan kebanyakannya adalah tidak bijak. Saya meletakkan diri sendiri di kedudukan Van de Ven dan ia mungkin satu terjahan yang akan saya lakukan.

"Dia cuba menyekatnya, ia hanyalah satu tindakan susulan. Saya tidak tahu ke mana lagi orang fikir kakinya akan dihulurkan. Dia perlu membuat terjahan itu. Anda tidak boleh membiarkan penyerang melancarkan percubaan dalam situasi itu.

"Ia memang nasib malang buat Isak.

"Ia mungkin salah satu gambaran pertama yang kita baru dapat lihat tentang kualiti sebenarnya sepanjang menyarung jersi Liverpool."

Topik Berkaitan

Must Watch Video