Skip to main content

Olahraga

Irfan antara atlet terbaik Asia, tiada pilihan lain, atlet muda perlu kerja keras -- Ali Hamid

aa

Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamshuddin, mencipta sensasi apabila berjaya pecah rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balatkn Bajnoksag yang berlangsung di Hungary malam tadi.

Perkara itu tercipta selepas Irfan berjaya membuat balingan sejauh 62.87m (meter) pada percubaan keempat sekali gus menewaskan dua wakil tuan rumah untuk memenangi pingat emas.

Bagi jurulatih lontaran kebangsaan, Mohamad Ali Hamid, apa yang Irfan lakukan adalah sangat menakjubkan sekali gus memberikan satu insurans buat kontinjen olahraga negara menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Ali berharap semangat Irfan dapat dijadikan contoh kepada atlet muda, meskipun mengakui sukar untuk menjelmakan atlet sehebat Irfan, namun tidak mustahil untuk cuba merapatkan jurang antara atlet muda dan juga Irfan.

"Irfan menjadi satu standard yang tinggi, dia antara atlet terbaik Asia. Atlet muda tiada pilihan lain perlu bekerja keras dan mencontohi etika kerja Irfan.

"Mendapat bakat seperti Irfan ini memang makan tahun, mungkin ada seorang dua, contohnya Riess William baru berusia 19 tahun belaja di Amerika Syarikat, mungkin akan kembali dengan tahap setaraf dengan Irfan. Jurang perlu dirapatkan." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video